assalamualaikum people
Hari ini hari terakhir di bulan Mac.
Pagi yang aman,damai dan hanya ditemani oleh nyanyian burung.
Pagi yang penuh barakah jika dimulai dengan selawat ke atas nabi junjungan umat,Rasullah s.a.w.
Hanya aku jasad yang segar menunggu sang mentari muncul.
Aku suka rasa pagi.
Aku suka bau rumput yang masih diseram embun pagi.
Jujurnya di birai katil bilikku masih terdampar tiga orang roomate aku yang enak diulit mimpi.
"Walau pandainya kita, cantiknya kita, tapi kalau subuh pun ntah ke mana. Bangun sampai matahari cecah atas badan. Nothing! Useless!" pesan ibu saudara aku, seorang doktor.
Dan nasihat itu aku pegang.
Dan inilah aku yang baru.
Azam 2013, aku cuba berpagi-pagi. Biar pagi ini milik aku. Aku mahu disimbah matahari pagi.
Alhamdulillah, rasa hidup lebih bersemangat. Rasa hidup lebih bermakna. Menuggu laungan subuh. Melihat cahaya mentari beransur-ansur terang di kaki langit. Subhanaallah! Cantik. Indah.
Ini aku yang baru.
Azam ingin berpagi-pagi.
